Lim Kit Siang Cabar Pilihanraya Semula

Siang-siang lagi Lim Kit Siang sudah mula melalak. PAS yang kalah di Bagan Pinang sudah mula menerima ketentuan Illahi. Tetapi Lim Kit Siang tidak boleh diam, dia terpaksa melalak kerana dibelik-beliknya keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang, semua Pusat Pusat Mengundi di situ PAS mengalami kekalahan teruk. Bagi LKS ini "unbelieveable".

LKS tidak menyalahkan seorang pemimpin dan penyokong DAP yang berucap kepada publik dalam keadaan "mabuk" di Bagan Pinang. Dia juga tidak memberikan komen ke atas kemuncak perjumpaan Pembangkang yang di terajui Ronnie Liu di Port Dickson yang menyinggung dan menguris perasaan pengundi PAS dan Melayu di Bagan Pinang. Dia terus melalak dan membangkitkan isu rasuah. Dia gagal melihat "darah" anak-anak Melayu yang menitis di Bagan Pinang.

Tuduhan ini "imply" bahawa pengundi Bagan Pinang, terutama pengundi pos yang terdiri dari penjawat awam dan pihak keselamatan adalah juga rasuah kerana konon menerima sogokan. BUKANKAH masyarakat Malaysia sudah matang dan kemerdekaan dan kebebasan mereka tidak lagi diperdagangkan?

Lalakan LKS ini dapat kita lihat dari sudut kerisauan dan kegelabahannya mengenai keputusan rakyat di Bagan Pinang. Ternyata pengundi-pengundi Bagan Pinang telah memancarkan sinar dan cahaya beramaran kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka sudah mula menginsafi bahawa Pakatan Rakyat selama ini bersendiwara dan mengamalkan politik "main kasar".dan demonstrasi. PR minta dihormat tetapi tidak mahu menghormati orang lain.

Makkal Sakti pula sudah faham dan yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu membela masyarakat India. DAP juga mula memperlihatkan ketidak hormatnya kepada perjuangan PAS yang menghala ke sistem pentadbiran Islam. Lalu LKS melalak sebagai gambaran kepada umum bahawa DAP akan kembali ke era kemerosotannya seperti tahun 2004. Melalaklah LKS kerana dia tahu Tsunami Politik kebanggannya kini bertukar hala menuju benteng PR. LGE di Pulau Pinang tidaklah sehebat Dr Koh Su Kon semasa dia menjadi MB dulu. LGE hanya pintar main "judi politik" yang menghalakan tanggungjawab kepada pihak lain "instead of" memikulnya sebagai kewajiban.

Anda pasti lebih tahu kenapa LKS melalak!! kerana dia inginkan kemenangan haram dari PAS suapaya PAS dapat diperalatkan bagi kepentingan DAP

0 comments:

Post a Comment