Azmin Ali dan Pakatannya Bodoh MaCam LemBu



Bila Pengundi Dikatakan BODOH!

Salah satu ciri seorang lelaki budiman, ‘gentleman’ yang sejati adalah kalangan yang mampu menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Jiwa yang lapang. Tidak memarahi orang lain dengan sewenang-wenangnya dan bijaksana dalam berhadapan dengan cabaran yang ada.

Dalam sistem demokrasi, rakyat dibenarkan memilih siapa yang mereka mahu. Kriteria berbeza-beza. Ada yang mengangkat penjeyanah sebagai pemimpin – atas faktor karisma dan kemampuan. Ada yang meletakkan soal thiqah dan pembawaan diri. Ada yang memilih wajah. Ada yang memilih kerana ‘persahabatan’. Ada memilih kerana nama. Ada atas sebab luar jangkaan.

Yang tewas di Bagan Pinang adalah PAS. PKR pula yang menggila nak menyalahkan pengundi Bagan Pinang sebagai mereka yang BODOH. Inilah masalahnya dengan; bila terkena batang hidung sendiri – semua orang lain BODOH. Bila kena pada orang; inilah dinamakan DEMOKRASI.

Politik Anwar kebelakangan ini tak ubah macam budak-budak belum akil baligh. Menyerang tanpa tanggungjawab. Cukup memalukan.

Apakah pengundi yang mengundi dua ADUN PKR di Perak (yang rasuah dan tidak tetap iman; yang mencadangkan SEKS sebagai sedekah itu) tidak BODOH? KIni mereka adalah ADUN bebas. ASAL RASUAH ini adalah di dalam PKR sendiri. Mereka meminta wang ketika di dalam PKR.

Apakah penduduk PENANTI juga BODOH kerana memilih seorang Wakil Rakyat yang hampir berhadapan dengan tuduhan sama?

Atau sememangnya penduduk PERMATANG PAUH juga BODOH kerana memilih seorang ‘ahli sodomi’ sebagai Wakil Rakyat. Yang itu macamana pula ceritanya?

Anwar Ibrahim tidak punya ‘nilai baik’ untuk mem-BODOHkan orang lain atas dasar ‘nilai iman’ dan sebagainya. Dia harus melihat dan merenung ke dalam diri sendiri; dan menangislah akibat gagal menahan nafsu luar tabii. Itu lebih mulia daripada terus-terusan menyerang orang lain kononnya atas dasar mereke TIDAK CERDIK memilih.

Demikian juga dengan Azmin Ali, Zul Nordin yang turut menganggap mereka di Bagan Pinang sebagai BODOH dan tidak bertanggungjawab. Kalian juga bukan sempurna – dan nantikan juga sejauh mana KEBODOHAN masyarakat Bukit Antarabangsa dan Kulim Bandar Bharu mengajar kalian dalam PRU13 akan datang

Lim Kit Siang Cabar Pilihanraya Semula

Siang-siang lagi Lim Kit Siang sudah mula melalak. PAS yang kalah di Bagan Pinang sudah mula menerima ketentuan Illahi. Tetapi Lim Kit Siang tidak boleh diam, dia terpaksa melalak kerana dibelik-beliknya keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang, semua Pusat Pusat Mengundi di situ PAS mengalami kekalahan teruk. Bagi LKS ini "unbelieveable".

LKS tidak menyalahkan seorang pemimpin dan penyokong DAP yang berucap kepada publik dalam keadaan "mabuk" di Bagan Pinang. Dia juga tidak memberikan komen ke atas kemuncak perjumpaan Pembangkang yang di terajui Ronnie Liu di Port Dickson yang menyinggung dan menguris perasaan pengundi PAS dan Melayu di Bagan Pinang. Dia terus melalak dan membangkitkan isu rasuah. Dia gagal melihat "darah" anak-anak Melayu yang menitis di Bagan Pinang.

Tuduhan ini "imply" bahawa pengundi Bagan Pinang, terutama pengundi pos yang terdiri dari penjawat awam dan pihak keselamatan adalah juga rasuah kerana konon menerima sogokan. BUKANKAH masyarakat Malaysia sudah matang dan kemerdekaan dan kebebasan mereka tidak lagi diperdagangkan?

Lalakan LKS ini dapat kita lihat dari sudut kerisauan dan kegelabahannya mengenai keputusan rakyat di Bagan Pinang. Ternyata pengundi-pengundi Bagan Pinang telah memancarkan sinar dan cahaya beramaran kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka sudah mula menginsafi bahawa Pakatan Rakyat selama ini bersendiwara dan mengamalkan politik "main kasar".dan demonstrasi. PR minta dihormat tetapi tidak mahu menghormati orang lain.

Makkal Sakti pula sudah faham dan yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu membela masyarakat India. DAP juga mula memperlihatkan ketidak hormatnya kepada perjuangan PAS yang menghala ke sistem pentadbiran Islam. Lalu LKS melalak sebagai gambaran kepada umum bahawa DAP akan kembali ke era kemerosotannya seperti tahun 2004. Melalaklah LKS kerana dia tahu Tsunami Politik kebanggannya kini bertukar hala menuju benteng PR. LGE di Pulau Pinang tidaklah sehebat Dr Koh Su Kon semasa dia menjadi MB dulu. LGE hanya pintar main "judi politik" yang menghalakan tanggungjawab kepada pihak lain "instead of" memikulnya sebagai kewajiban.

Anda pasti lebih tahu kenapa LKS melalak!! kerana dia inginkan kemenangan haram dari PAS suapaya PAS dapat diperalatkan bagi kepentingan DAP