UMNO Permatang Pauh secara rasminya telah melancarkan jentera UMNO untuk PRK Permatang Pasir semalam. Ia dilancarkan oleh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pelancaran jentera ini yang dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli UMNO yang akan bertugas sebagai jentera Permatang Pasir dan juga turut hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian dan Pemuda di Pulau Pinang.
Dalam ucapan beliau ,selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau anggap Pilihanraya Kecil Permatang Pasir ini sebagai ujian untuk beliau yang dilantik oleh Presiden UMNO dan yakin Barisan Nasional mampu merampas kembali Permatang Pasir jika semua jentera dan ahli UMNO bekerja keras dalam kempen nanti.
Selain itu, belia juga meminta semua calon yang dicalonkan ini, jika tidak terpilih supaya tidak merajuk dan menyokong calon yang dipilih mewakili Barisan Nasional. Zahid juga tegas dan mengingatkan jika terdapat mana-mana ahli UMNO, Ketua Cawangan yang melakukan sabotaj dan tidak membuat kerja, beliau tidak teragak-agak akan singkirkan orang ini dari UMNO.
Sebelum itu, YB Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO juga memberi ucapan beliau dengan bersemangat yang mahu Barisan Nasional merampas kembali Permatang Pasir dan ia bukan mustahil untuk dilakukan. Beliau sebenarnya sudah 2 hari berkampung di sini dan juga memberi kata-kata semangat kepada jentera UMNO supaya tidak takut kepada Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Selain itu, beliau mengingatkan agar jentera UMNO supaya tidak memilih menyokong siapa calon yang dipilih itu nanti sebaliknya perjuangan kita bukan mementingkan individu tetapi parti Barisan Nasional lebih penting .

0 comments:
Post a Comment